Selasa, 10 Mac 2015

kekabu


Buah kekabu yang belum matang

Aku sendiri tak tau kekabu ni jenis apa,fabrik kah atau apa,yang aku tahu kekabu seakan2 kapas malah boleh dikatakan seperti kapas,Kekabu dihasilkan dari pokok yang sangat besar dan kapas dihasilkan dari pokok yang kecil2 sahaja (aku tenguk dalam buku).Cuma pokok kapas tak tumbuh dinegara yang beriklim tropika dan pokok kekabu tumbuh dinegara2 seperti malaysia.

Buah kekabu yang dah matang


Kekabu telah digunakan oleh orang2 terdahulu untuk membuat alas tidur yakni tilam dan bantal dan dinamakan sebagai tilam kekabu dan bantal kekabu,Kekabu digunakan sangat meluas dimasa2 dulu untuk kegunaan ini.Kekabu sudah tidak digunakan lagi setelah ada nya bermacam2 jenis tilam moden,Sejak itu tilam dan bantal kekabu telah dipandang sepi,padahal tilam kekabu sangat sesuai digunakan kerana keselesaannya. Tilam kekabu tidak panas dimusim panas dan sangat selesa dimusim hujan,Tilam kekabu sangat melengkapi dan cukup....


 Isi buah kekabu iaitu kekabunya

Yang aku nak cerita ialah keajaiban pokok kekabu yang mengeluarkan kekabu,Pada awal pokok kekabu berbuah,buah yang dikeluarkan serupa sahaja dengan buah2 yang lain malah kalau ditenguk sekali imbas buah kekabu seperti boleh dimakan,cantik dan mengiurkan tetapi bila tempuh matang nya sampai buah kekabu akan mengeluarkan kekabu yang kering dari buah nya,seolah2 seperti sesuatu yang agak pelik,kekabu nya bila disentuh akan terasa keselesaan nya.


Kekabu...Serupa dengan kapas

Pada sepokok kekabu akan berbuah beribu2 biji buah kekabu,Warna buah kekabu pada masa putik nya ialah warna hijau dan bila dah matang akan berwarna seakan2 hitam,Buah kekabu yang dah matang akan dikait mengunakan galah dan diambil hanya kekabu nya yang berwarna putih,Kekabu ini akan dijemur sekering2 nya dan disimpan didalam guni hingga diambil bila hendak digunakan sama ada untuk membuat tilam atau dibuat bantal,Pada hemat aku sepokok pokok kekabu boleh dibuat tilam sehingga sepuluh buah tilam,Kekabu sangat tahan lama sehingga berpuluh2 tahun kalau dijaga dengan baik,Cara menjaga kekabu samaada yang sudah dijadikan tilam ialah dibiarkan sentiasa dalam keadaan kering.Kalau basah hendak lah dijemur dipanas matahari...
Buah kekabu yang aku ambik gambar nya
Mungkin kerana mudah untuk mendapatkan tilam,tilam kekabu sudah tak dihiraukan lagi,mungkin kerana payah untuk membuatnya atau tak ada orang yang benar2 mahir untuk membuat tilam kekabu,maka tilam kekabu hanya tinggal sejarah.

Pada masa kecil aku,aku pernah tidur ditilam kekabu kepunyaan arwah datuk aku,selepas itu tilam itu telah diambil oleh anak2 nya,dimasa itu tilam kekabu menjadi rebutan walau pun ada tilam moden yang berjenama terkenal,mungkin kerana keselesaan nya menjadikan tilam kekabu menjadi rebutan,Sehingga sekarang aku tak pernah lihat tilam kekabu walau pun kekabu banyak memutih luruh disekitar kampung aku,Sekian....
Batang pokok kekabu yang besarnya lebih dari 20 inci garis pusat,malah ada yang lebih besar dari yang ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan