Sabtu, 1 Februari 2014

pokok serai kayu



Pokok serai kayu yang bersaiz kecik,pokok serai kayu mempunyai saiz yang sangat besar dan boleh dijadikan kayu balak,kadang2 ada batang pokok  serai kayu yang sebesar 20 inci garis pusat...

(Pokok Serai Kayu merupakan sejenis pokok tropika, nama saintifiknya Syzygium polyanthum. Ia merupakan pokok setinggi 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik. Daunnya bewarna hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga Serai Kayu adalah sesil dan berwarna putih. Memiliki buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak....)

Diatas ialah pokok serai kayu versi  Wikipedia...
Bagi aku pokok serai kayu ialah pokok yang mengeluarkan buah dan sedap untuk dimakan,Bagi aku buah serai kayu memberi ingatan semasa kecil aku kerana buah nya yang berwarna kemerah2an itu telah menjadi satu makanan yang memberi ingatan dimasa2 miskin aku dan ramai penduduk dikampung2 dipendalaman..
Buah serai kayu mempunyai saiz bermacam2,bergantung kapada kesuburan pokok,biasanya  1 sm garispusat,Buah serai kayu memang jarang ditemui didalam hutan kerana buah ini memnjadi kegemaran kapada burung2 dan unggas yang lain atas sebab itu lah buah ini akan mudah dijumpai dipinggir2 kampung yang kurang ungas dan burung2 yang akan memakan nya..Buah serai kayu mempunyai musim nya  yang tersendiri iaitu sama dengan buah2 yang lain,Pokok serai kayu bukan jenis yang berbuah sepanjang musim..Pokok serai kayu akan mengeluarkan bunga hanya sekali setahun dan buah nya akan masak pada bulan julai paling akhir

Selain dari buahnya yang sangat sedap untuk dimakan pokok serai kayu mengeluarkan pucuk yang sangat sedap untuk dibuat ulam,Biasanya pucuk serai kayu akan dimakan mentah2 tanpa merebus atau mencelur dan mungkin pucuk nya mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Pucuk serai kayu tak mempunyai musim untuk berpucuk dengan kata lain pucuk serai kayu sentiasa berpucuk.Rasa pucuk serai kayu boleh membangkitkan selera untuk makan,Pucuk serai kayu merupakan lambang kemiskinan tapi semua itu telah pun tiada kerana dikatakan pucuk ini telah mendapat tempat direstoren2 mewah dan dihotel2 dan pucuk serai kayu tidak  lagi melambangkan apa2 samaada kemiskinan atau kekayaan kerana semua orang memakan nya.

Batang pokok serai kayu ada yg lebih besar dari yg ini..

Selain itu batang pokok serai kayu juga boleh dijadikan balak untuk membuat peralatan yang rengan kerana kayu dari pokok ini kurang ketahanan nya..Pokok ini boleh membesar sehingga lebih dari 20 inci garispusat.dan boleh membesar tinggi sehingga 50 kaki..SEKIAN..

2 ulasan:

  1. di mana saya boleh dapatkan daun dan benif serai kayu ini?

    Sila email saya: Lot63@mail.com

    TK

    BalasPadam
  2. Rtc pasir mas kelantan banyak dijual pokok ni.rm8 sepokok...

    BalasPadam