Isnin, 19 Ogos 2019

Kenduri kawin

Pada 17-8-2019 aku telah banyak menerima jemputan kawin atau disebut sebagai panggilan ditempat aku.Klu ditempat aku khususnya dihulu terengganu orang akan cakap mcm ni,"mu dok gi panggilan ker" ditraslate keayat standard mcm ni,"awak tak pergi kenduri kawin ke"..aku rasa mmg sangat berbeza dari daerah ke daerah dan dari negeri2 lain atas sebutan nya.contohnya negeri kelantan dipanggil ngele.

Pada tarikh tersebut aku menerima 4 jemputan kenduri kawin dan semuanya aku kena pergi atas sebab saudara mara dan atas sebab kawan.Yang aku nak citer hal kenduri kawin ditempat aku dihulu terengganu atau di mukim aku,Satu perkara yg sangat membanggakan aku ialah tentang kuantiti jamuan nya,semiskin mana pun tuan punya kenduri ialah lauk yg disediakan,biasa nya setiap kenduri kawin mesti menumbangkan seekur lembu,sekurang2 nya kpd yg kurang berkemampuan dan sampai tiga ekur lembu kpd yg agak ternama didalam kampung.Kalau tiga ekur lembu mesti lauk daging kawah sekurang2nya 6-7 kawah,lauk pauk plk tak berhenti dgn gulai daging kawah saja ada saja tambahan nya seperti gulai kulit buah sentul,gulai kulit buah rambai (klu musim buah2 tersebut) sayur umbut nyiur atau umbut kelapa sawit atau pun sayur umbut bayas,maklum lah kat kampung,senang bahan tu nak dapat,gulai ikan baung,ikan talapia,ikan keli jangan disebut,selain tu budu belacan serta pelara (ikan jeruk) pun tak ketinggalan .kalau musim buah seperti sekarang yakni bulan ogos ni,berguni2 disediakan seperti buah rambutan duku serta langsat,buah manggis penuh didalan bakul.

Itu cerita tentang lauk pauk nya,yg aku benar2 nak cerita ialah tempat khemah jamuan nya,kebanyakan kenduri kawin tempat aku dikhemah jamuan nya tak disediakan meja makan,yg disediakan hanya kerusi sahaja jadi tetamu yg datang akan makan dikerusi tanpa meja.Tetamu akan riba pinggan masing2 yg didalam pinggan penuh dengan lauk pauk seperti lauk yg aku cerita kat atas,ada plk yg makan dgn cara menanteng pinggan,tanteng maksudnya seperti cara makan P.Ramlee dalam cerita laksamana do re mi.Air nya pula diambil kemudian iaitu selepas habis makan atau pun diambil kerusi yg lain,air nya diletak atas kerusi atau pun ada sesetengah tetamu letak air atas tanah,tp hal ini jarang terjadi,hanya budak2 sahaja yg buat mcm tu.tentu ada yg tertanya2,kalau tetamu vip yg datang mcmana plk cara nya,tetamu vip maksudnya wakil rakyat atau pun pegawai2,jawab nya klu vip sekali pun cara makan pun serupa,tak ada bezanya.Kadang2 terasa jgk malu nya tetapi itu lah yg terjadi,Untuk memujuk hati sendiri,aku akan cakap vip pun orang kampung jgk
Cara pegang pinggan oleh p.ramlee dipanggil tanteng ditempat aku

Aku tak cakap semua mcm tu tetapi banyak mcm tu,perkara ini terjadi mungkin utk menjimatkan kos atau dah macam tu sejak dulu,Sejak dulu itu maksudnya sejak budaya layan diri diamalkan,sebelum itu sejak ratusan tahun dulu budaya makan berhidang diamalkan.Makan berhidang mesti ada meja dan kerusi nya dibuat dari papan yg mati kedudukan,Kenduri kawin yg gilang gemilang seperti dibandar2 mmg tak ada ditempat aku kerana penduduk nya org biasa2 sahaja,klu ada yg vip,dia orang akan mengadakan majlis ditempat yg kelas2 plk,jadi kekal lah aku makan bertinggung dimajlis kawin,hehehe

Pada kenduri 17-8-2019 baru ni aku mmg tak terlibat ambik gambar kerana majlis yg aku hadiri bukan dikampung aku,kampung orang,walau mcmana pun sempat jgk aku ambik gambar dan video seperti video kat bawah..sekian 
Mmg tak ada meja,meja hanya digunakan utk diletak lauk pauk sahaja.

Nasib lah ada kerusi,klu tak terus bersila atas tanah.
Walau pun perkawinan ini bukan dikampung aku,aku tetap jgk ambik gambar sbb ambik gambar menjadi kegemaran aku tp aku tak suka bergambar,mungkin aku rasa aku tak hensem.heeeeee
Dalam video ni rombongan pengantin lelaki disambut pengantin ppuan tp sayang pengantin lelaki tak hensen,tak hensen pengantin lelaki dia kawin jgk,tak mcm aku tak kawin2,hahahaha.

Isnin, 5 Ogos 2019

Kurang darah/anemia

Blog ini sambungan dari blog yg bertajuk over dose yg boleh dibaca disini https://azramsulong.blogspot.com/2019/07/over-dose.html.Cerita ini sangat berkait rapat dengan apa yg terjadi kapada mak aku,Pada 24-6-2019 aku telah bawa mak aku kespital seperti tertulis dalam blog aku yg lalu,Pada masa itu aku mmg menyangka mak aku terlebih makan ubat dan terjadi overdos,sejak itu mak aku selalu sakit2,mungkin sbb usia nya atau kesan dari terlebih makan ubat,mak aku datang sakit balik pada 23-7-2019 pada pukul 10 malam,keadaan nya boleh dikatakan teruk tetapi tak seperti sakit yg dahulu,bersabar dgn keadaan itu sehingga lah kesiang hari pada 24-7-2019,pada hari itu aku sekali lagi bawak mak ke hospital dan melakukan pemeriksaan doktor,keputusan doktor semua nya ok,tak ada sakit apa2 samaada jantung dan kencing manis begitu jgk dgn darah tinggi,semua nya ok kata doktor,mak aku balik macam biasa tetapi sakit nya masih ada,menyucuk2 dibahagian dada dan sangat lemah,makan pun tak nak.pada 26-7-2019,pada pukul 10 malam,mak aku telah sakit yg amat sangat,aku dan adik beradik dah habis ikhtiar,picit pun tak beri kesan apa2 sehingga lah kami buat keputusan utk bawa mak kehospital semula,masa bawak.mak kehospital,mak aku dah tak sedar apa dah,dah mcm kain buruk,lemah dan tak bermaya,diwad kecemasan mak aku diperiksa,keputusan doktor mengatakan mak aku kurang darah,skala bilangan darah nya hanya 4 sedangkan org sihat mesti berskala 8-10,bkn sakit apa2 seperti yg disangka tetapi mak aku mengalami kurang darah,dgn sebab kurang darah lah mak aku sering sakit dada,sakit2 seluruh badan dan tak lalu makan,dgn sbb2 itu lah mak aku ditahan dibilik kecemasan,masuk air dan darah,setelah masuk air,mak aku seperti tak sakit apa2 dah,samaada sakit dada serta sakit seluruh badan seperti mula2 datang tadi,Masuk darah memerlukan masa selama 4 jam bermula dari pukul 2 pagi sehingga pukul 6 pagi.Mak aku ditahan di wad selama 3 hari setelah masuk air 3 bag dan 2 bag darah jenis O.yg heran aku sebagai anak darah dlm kumpulan A,bkn O seperti mak aku,tp tak kisah.

Balik dari wad pada isnin 29-7-2019 dgn keadaan mak aku sihat sejahtera cuma pada mlm nya mak aku mengalami gatal2 seluruh badan akibat dari kesan sampingan kerana masuk darah,aku bawak mak kehospital setelah menalipon doktor yg bertugas diwad,setelah dicocok,mak aku ok dan dah tak sakit apa2 lagi sehingga kehari ini 5-8-2019 mak aku sedang menjahit sarung bantal nya.hahaha.

Persoalan aku ialah mengapakah doktor yg bertugas semasa aku bawa mak kespital pada 24-7-2019 tak dapat kesan penyakit mak aku yg kekurangan darah,mengapa kah doktor dispital membuat keputusan yg mak aku ok,tak sakit apa2 sedangkan mak aku meraung sbb terlalu sakit,dan mengapakah doktor dibilik kecemasan boleh buat keputusan yg mak aku kekurangan darah,adakah doktor2 ni berbeza kelulusan mereka,Mcmana doktor harian tak dpt kesan penyakit mak aku,sedangkan doktor dibilik kecemasan boleh buat keputusan yg sgt mudah dgn mengatakan mak aku kurang darah,keputusan doktor dibilik kecemasan hanya dalam setengah jam sahaja,dia org tak rujuk kemana2 doktor2 yg lain.perkara itu lah yg aku tak puas hati.mungkin sejak setahun yg lalu mak aku mmg kekurangan darah sbb tu lah selalu sakit dada,lemah seluruh badan dan tak ada selera makan..akhir kata mak aku sihat sehingga hari ni 5-8-2019,Sekian.

Sabtu, 20 Julai 2019

Over dose

Lama btol aku tak berblog,yg aku yakin blog aku ni mmg tak ada peminat,tak ada yg tertunggu2 penulisan aku.tak ada penting nya baca blog aku ni,hahaha..Sebab2 aku kurang benar menulis kerana mungkin tak ada apa yg nak ditulis kerana kekurangan idea,Sebab2 lain aku tak menulis  kerana aku serabut disebabkan mak aku sakit,orang tua apabila sakit tentu banyak kerenahnya.maklumlah dah tua.Sentiasa inginkan perhatian terutama nya dari anak2.Mak aku sakit sejak setahun yg lalu dan sejak itu mak aku mula berulang alik kehospital.Pada mula2 jatuh sakit mak aku tak lah inginkan perhatian sangat tetapi sejak tiga bulan yg terakhir ini kesihatan nya sangat merosot,memerlukan kita sentiasa ada disisi.nya terutama ketika ingin kebilik air,dibimbangkan takut jatuh,klu jatuh lagi lah parah keadaan nya.oleh kerana aku satu2nya anak mak aku yg tak kawin2 jadi tugas menjaga mak, seolah2 diserahkan kpd aku.jadi suka tak suka mesti bertanggung jawab.Sejak setahun yg lalu aku lah yg masak untuk aku dan untuk mak aku.Memasak memang tak jadi masalah kpd aku,memasak pun sekadar masak nasi,rebus ikan,goreng ikan,sayur plk aku suka sayur air,lemak santan ni aku tak suka,tetapi klu gulai daging atau ayam mmg santan kelapa mesti digunakan,susu mmg aku tak suka klu masak gulai,Jaga mak plk sejak dari pagi hingga malam,dari malam plk bawak sampai pagi,pendek kata 24 jam.walau mcm mana pun 24 jam tu bkn lah aku duduk rumah je tp sempat  jgk kekebun,Dikebun plk aku tanam macam2,dari kangkung,ubi keledek,sawi,ubi kayu dan lada,punya lah rajin aku ni  hahahaha..Waktu aku kekebun anak sedara aku yg tamat sekolah  tolong tgk kan tok wan mereka tu pun tak sampai 2 jam aku dipanggil utk balik..Sejak mak sakit ni aku mcm malas nak meneruskan aktiviti berkebun aku,cuma layan2 je klu kekebun..Tentang belanja hari2 bkn lah masalah sgt sbb adik2 aku yg bekerja tolong hulur2 utk aku buat belanja.Sebab2 hulur2 ni lah yg menjadikan aku malas utk bekerja.
Kebun ubi kayu aku

Kemuncak mak aku sakit pada 2.30 pagi 25-6-2019.pada awal malam,mak aku tercicir kerana tak sempat kebilik air,terbuang air besar dan air kecil.Sebelum tu pada 24-6-2019 aku telah bawak mak aku kespital kerana pada sebelah malamnya dia sakit2,balik dari spital mak aku sakit lutut yg amat sgt mendorongkan aku bawa mak keklinik disebelah malam nya pada 24-6-2019.Doktor cocok sejarum tp dia sgt lemah bila  balik dari klinik.Oleh kerana keadaan nya sangat tenat pada pandangan aku,aku memanggil adik2 aku,dimasa itu lah.mak aku tak sedarkan diri,nyawa pun sgt lemah,aku telah kejutkan semua adik beradik aku yg berdekatan dan memanggil adik2 aku diluar dari terengganu dgn mengatakan mak dah tak ada.Semua ipar duai dan cucu2 yg ramai tu telah datang.Semuanya baca yasin sehingga lewat pagi,ipar aku yg pandai berurut,tekan situ tekan sini kat badan mak aku tiba2 mak aku memanggil aku utk dekat dgn nya,Aku melompat kesisi nya,dia mengatakan sgt letih..Alhamdulillah mak aku sedar setelah keadaan nya sgt tenat tadi..Tenat yg dimaksud ialah senyap seperti tak bernyawa dan bacaan alat tekanan darah tak berfungsi lansung.Keadaam nya begitu sehingga subuh dan adik aku yg tinggal jauh dan pun sampai kecuali yg dijohor,dari johor keterengganu mengambil masa lapan jam utk sampai,tapi aku tak kisah sbb mak mcm dah ok...
Kebun lada

Jadi dimana over dose nya..Pada 24-6-2019 aku kespital kerana mak sakit seperti yg disebut diatas,sepatutnya rutin bulanan nya pada 30-6-2019,ubat masih ada lagi enam hari tp oleh kerana kespital awal,doktor telah bagi ubat sebulan seperti biasa,Balik dari spital mak aku telan semua ubat yg baru dan yg lama,sepatut makan sebiji tp dah jadi 2 biji untuk tujuh jenis ubat nya,ditambah plk bila dicocok sbb sakit lututnya,Aku sendiri tak tau apa2 tentang ubat2 ni,disedari termakan terlebih setelah kakak aku yg bekerja kat spital memeriksa ubat yg mak aku makan,dari situ lah kami semua sedar yg mak aku over dose kerana terlebih makan ubat,Mak aku yg tenat pada malam tu kerana ubat yg dimakan nya...Dalam masa empat hari mak terlebih makan ubat, telah membawa dia berhalusinasi,mak aku cakap ada org dlm bilik air,pakai baju warna merah tp bila org tu keluar berbaju hitam plk..Aku tak rasa apa2 cuma bila mak ketakutan,aku heret katil jauh dari bilik air dan aku sendiri terconggok tunggu kut2 ada makhluk tu muncul, mmg tak ada punya,Oleh kerana sikap mak aku mcm tu,aku panggil tok bomoh utk jampi serapah,hasil nya mmg mak aku dah tak takut lagi,walau mcmana pun hari tu jgk kakak aku periksa ubat nya dan mak aku makan ubat ikut yg sepatutnya..mmg antara ulama fekah dan ulama tasasuf payah nak bertemu..hua hua hua hua...

Yg untung nya bila mak aku sakit ialah perubahan penjagaan,Pada siang hari ipar2 aku serta adik beradik dan anak2 sedara aku bergilir2 jaga mak aku.Hanya waktu malam sahaja diserahkan kpd aku bahagian penjagaan walaupun begitu ada juga anak2 sedara aku yg datang tidur dirumah tok wan mereka,begitu jgk tentang makan,aku dah tak payah masak2 lagi dah cuma sesekali aku buat jgk mee goreng dan nasi goreng pada waktu malam,tu pun klu mak aku meminta nya..Oleh kerana perubahan penjagaan,aku boleh bebas utk kekebun dan buat benda yg sepatutnya disiang hari...

Begitu lah cerita aku tentang ovedose...

Ahad, 17 Mac 2019

Cara-cara buat panggilan kecemasan.

Baru2 ini aku telah mengalami kecemasan kebakaran,Kebakaran yg terjadi melibatkan kebun kelapa sawit tetapi kebakaran tersebut bukan lah yg melibatkan kebun aku tetapi melibatkan kebun orang kaya kat kampung aku,Api datang dari kebun kawan aku yg baru nak tanam semula kelapa sawit.Kawan aku  telah bakar himpunan kayu untuk membersih kebun nya dan diketika ini pula kemarau sangat lah menyakitkan,panas yg amat sangat.Api dari pembakaran himpunan kayu ini lah telah berjangkit kekebun orang yg paling kaya kat kampung aku.Aku pula ada ditempat tu kerana ingin pergi memancing disebuah alur ditepi kebun kawan aku.Diketika aku sampai api telah memakan pokok kelapa sawit sehingga ke daun yg paling atas,Kawan aku bertempik melolong ketakutan melihat api yg marak menyala,Aku membantu dengan menyimbah air yg ada,tetapi api semakin marak menyala ditambah pula dengan angin yg kencang.Api membakar daun kelapa sawit yg kering yg banyak dikebun2 sawit,memang menjadi kebiasaan daun yg telah disabit akan dikumpul disenpanjang pokok2 sawit.Melihat api yg semakin membesar aku telah buat panggilan kecemasan mengunakan nombor 999..Bahagian buat panggilan kecemasan ini lah yg aku nak cerita,

Cerita aku ni nmpk bodoh tp kpd aku yg tak berpengalaman buat panggilan kecemasan mmg aku terasa gelabah ditambah pula dgn aku berada ditempat kejadian,bunyi api yg marak menyebabkan aku jadi sangat panik walaupun kebun yg terbakar itu bukan lah kebun aku.

Mula2 dail nombor 999 selepas tu operator  atau yg tukang jawab kat hujung talian akan bertanya kecemasan yg sedang kita alami,kita jawab apakah kecemasan yg sedang kita alami,dalam kes aku ni ialah kebakaran kebun sawit.Selepas itu operator akan mintak alamat tempat kejadian.Alamat mesti tepat dan terang,sepatutnya operator mesti tanya nama kita dan nombor I/C,tetapi teknologi sekarang sangat canggih,dengan panggilan yg dibuat mengunakan talipon kita,sistem sudah kenal pasti nombor I/C kita dan nama kita,cuma operator akan bertanya kita adakah yg menalipon kpd nombor 999 itu adalah kita sendiri,kalau kita talipon mengunakan talipon pinjam,operator akan minta nombor I/C dan nama yg buat panggilan,sebab2 yg terjadi demikian kerana ditakuti itu adalah panggilan palsu.Oleh kerana panggilan yg aku buat mengunakan talipon aku sendiri,masalah nama dan nombor I/C aku tak jadi menjadi isu.Selepas kita bagi alamat tempat kejadian,operator akan berbual dgn kita dgn bertanya mcm2 soalan,Dia akan bertanya kawasan kecemasan ada kediaman,kalau ada berapa jauh,tmpt kecemasan ada talian letrik atau tidak dan mcm2 soalan,last sekali operator melarang kita memadamkan api dan dinasihatkan kita supaya jauh dari tempat kecemasan,mungkin utk keselamatan kita,Dimasa ini kita akan jadi berang dgn soalan2 dari operator.Masa ini jgk lah akan terjadi maki2 oleh pihak kita kerana kita mengangap operator tak peka dgn kecemasan yg sedang kita hadapi.Perkara sebenar yg terjadi setelah kita bagi alamat tempat kejadian ialah operasi telah berjalan iaitu jambatan bomba dah hantar lori pemadam api dgn 32000 liter muatan air.Pihak operator semgaja bercakap dgn kita utk mengetahui lebih lanjut tmpt kejadian kecemasan.Maksudnya mmg sengaja operator bercakap mcm tu dgn kita kerana pasukan penyelamat telah datang.Cuma kita saja yg gelabah,padahal urusan sudah pun selesai,cuma pasukan bomba  saja belum tiba.

Untuk itu kpd yg belum ada pengalaman dgn panggilan kecemasan jgn lah cemas sgt,beri butiran yg dikehendaki dgn terang dan jelas apabila diminta.Dikatakan teknologi yg ada dpt mengesan tempat kecemasan semasa kita bagi alamat tempat kejadian,semua makluman dan lokasi dikemaskini dgn pantas.sekian

Selasa, 12 Februari 2019

setiu board walk

Pintu Masuk

Setiu board walk,Satu kawasan tanah basah didaerah setiu,Kawasan ni terletak ditepi sungai setiu,berhampiran dgn pantai laut china selatan.Nama yg dibagi sebegitu rupa,aku sendiri pun tak tau sebab musabab nya.Mungkin untuk dibaca supaya ada standard.Kalau nak diterjemah ke dalam bahasa melayu tentu lah akan jadi papan berjalan atau pun laluan papan atau laluan kayu,huhuhu..Macam2 sekali..Tapi mmg benar pun,laluan yg dibuat semacam titi diseluruh kawasan tu..Aku agak panjang nya laluan ni dalam 400 meter [aku tak ukur]...Laluan kayu ini dibina utk memudahkan pengunjung utk menikmati keindahan tempat ni sehigga jauh kedalam. Board walk setiu ni ialah kawasan berpaya,kalau di umpama dikawasan tanah hulu,    tp ditepi pantai mcm ni aku sendiri tak tau nak panggil apa.Kalau air laut pasang kawasan ni akan dipenuhi air dalam separas pinggang,senang cerita,kalau air laut pasang besar,tempat ni akan tengelam lagi dalam.Luas kawasan ni mungkin berpuloh2 ekar jgk.Pokok2 yg ada disini macam2 nama nya,yg aku ingat ialah kayu bakau dan pokok nipah,Banyak lagi pokok lain yg aku tak hafal [nak hafal buat apa,bkn nak ambik periksa pun].Nak bagi mudah faham tentang kawasan ni mungkin boleh disebut sebagai hutan kayu bakau atau hutan rimba ditepi pantai.Walau pun disebut hutan rimba tapi tak lah mcm hutan rimba kat bukit dan gunung2 tapi hutan rimba yg kecik,kikikiki..

Dari pintu masuk sehingga ke sungai setiu lebih kurang 350 meter,panjang nya pula dalam 1500 meter,jadi kawasan board walk setiu ni boleh dikatakan sebagai luas jugak. 350 x 1500 = 525000 meter persegi..luas tu..Keluasan mcm ni dah boleh buat airport kecik..

Kawasan hutan ni mempunyai sistem nya sendiri,ada alur,ada daratan,Selain dari macam2 jenis tumbuhan yg hidup subur dikawasan ni,terdapat jgk binatang yg mendiami kawasan ni,Ada kera ada memerang,selain itu dalam alurnya pula,ada ketam,lokan,siput dan ikan2 yg berenang berkawan..Sungguh mengasyikan.

Aku pergi ke board walk setiu pada 10-2-2019,Aku dapati tempat ni sedang dibina semula,Dimasa itu hanya aku je yg ada,pengunjung2 lain tak ada,mungkin aku pergi tak kena masa,iaitu bukan hari cuti,Nak masuk kat dalam kena daftar terlebih dulu,Aku tanya kpd cik kak rela yg jaga kat pintu masuk,kepentingan apa kah daftar,sedang hanya aku je ada kat situ,Dia jawab utk keselamatan,kat dalam kawasan hutan dah ada yg mati sbb lemas,jadi dgn daftar nama dapat memastikan pengunjung selamat.Maksud nya kalau pengunjung tak keluar2,pihak pengurusan akan pergi cari.Seperkara lagi tempat ni dilarang sama sekali menangkap apa yg ada didalam nya,samaada ikan,ketam lokan,siput dan apa saja,kera pun tak boleh ditangkap  hahaha.Harapan aku supaya pengurusan membina lebih banyak lagi board walk supaya pengunjung dapat menikmati flora dan fauna nya diseluruh kawasan.Sekarang hanya ada satu laluan board walk saja merentasi hutan yg terus ke sungai setiu...sekian
binaan baru

tempat parking baru

Nampak sangat tempat ni tak ingin lagi menerima pengunjung utk sementara.

Tempat rehat mcm ni ada tiga hingga empat buah 

board walk

tumbuhan hutan nya

Alur yang ada didalam kawasan,Kalau air pasang,alur ni mcm sungai

binaan board walk yg teguh

Sungai setiu

Kat sini ada sangkar ikan yg mungkin dibela oleh pengurusan.Mungkin sebahagian dari projek

Papan tanda larangan yg mesti dipatuhi oleh pengunjung


Mungkin buah nipah,hahahaha

boardwalk yg dibina membujur,melintang dan membujur balik hingga ke sungai setiu

pokok ni lah yg aku agak pokok bakau,mana lah aku tau,aku kenal pokok hutan yg bapak2 saja besarnya..heeee

Kawasan ni group pokok nipah,klu tak silap

dalam pembinaan

Salah satu tempat berteduh,Kat sini ada peta kawasan hutan dan amaran2

macam pokok mengkuang,mungkin waris dia.
Nama pokok ni ialah pandan laut


Ni lah cik kak rela yg bertugas,banyak sangat loyar buruk nya,mudah berbicara,Kuat menyakat orang.
Catitan,sungai yg dinamakan sebagai sungai setiu itu sebenarnya bukan sungai setiu tetapi sungai tu menghala ke sungai setiu,mungkin jgk sungai tu sebahagian dari sungai setiu,dlm google map tak diberi nama utk rujukan.
video di boardwalk hingga ke sungai setiu

Ahad, 10 Februari 2019

Air terjun sungai bangan

Air terjun disungai bangan terletak dikampung syukur didaerah dungun terengganu.Tempat berkelah sg Bangan ni dinamakan sebagai lubuk kain.Terletak sejauh 390 km dari kuala lumpur, 130km dari bandar kuala terengganu,sejauh 70km dari bandar dungun dan 90 km dari kuala berang.Untuk ke sungai bangan dari mana2 distinasi sangat mudah kerana kawasan perkelahan sungai bangan dihubungi dgn jalan raya yg baik.Air terjun sg bangan tidak tercemar kerana pembalakan telah tiada utk sekian lama,sungai bangan jgk merupakan salah satu air sungai yg paling jernih tetapi jernih nya air sungai bangan hanya terletak jauh keatas gunung,ditempat perkelahan air nya biasa2 sahaja.Kawasan air terjun sungai bangan telah menjadi tempat perkelahan sejak 10 tahun yg lalu tetapi popular nya sejak tiga tahun yg lalu.Air terjun ni mungkin bukan kawasan dibawah pengawasan jabatan hutan kerana air terjun ini tak ditutup kpd umum seperti kawasan perkelahan yg lain.Biasanya kawasan perkelahan akan ditutup kpd umum dimusim tengkujoh yakni pada bulan november hingga febuari.Mungkin jgk kawasan perkelahan sungai bangan diselia oleh pihak berkuasa kampung sahaja.Hendak ke air tejun sungai bangan sangat mudah,taip saja sungai bangan di google map dan perkhidmatan itu akan tunjuk arah yg sepatutnya..

Kemudahan yg ada...
Oleh kerana air terjun sungai bangan bukan dibawah mana2 jabatan maka kemudahan yang ada sangat sedikit,yg ada hanya tandas serta kedai2 yg diusahakan oleh penduduk kampung,Kedai2 hanya lah dibuat dgn kayu hutan sahaja,walau mcm mana pun pengunjung ke sungai bangan tak boleh dipandang rendah terutamanya masa hari cuti...Kemudahan lain yg ada ialah pelampung dan tilam pelampung utk kemudahan para pengunjung  mandi manda dan bermain air sekeluarga..Kadar sewaan pelampung ialah..
tiga pelampung untuk rm 10
pelampung tilam kecik rm 5
pelampung tilam besar rm 10
Masa sewaan untuk semua pelampung tak ada had,boleh guna sehngga lebam,maksud nya tak lebih dari sehari,Untuk sejam pun itu lah kadar sewaan nya dan sehari suntuk pun kadar itu lah jgk..

Air terjun disungai bangan patut dikunjungi sekeluarga keran tempat ini kurang sikit bahaya nya kalau terjadi fenomena kepala air kerana sungai bangan agak landai ditempat perkelahan,,sekian
Cik kak ini lah yg byk bercerita tentang sungai bangan kpd aku,semua yg aku tulis bersumberkan dari dia,orang nya sgt peramah,dia salah seorang dari perniaga di kawasan perkelahan sungai bangan sejak sekian lama..Aku telah mintak izin utk snap gambar nya..Tapi jangan salah terkam,nanti ada yg kena godam..haha.













Rabu, 30 Januari 2019

kunci kereta

Yg aku nak citer kali ni ialah tentang anak kunci kereta,cerita kunci kereta seperti nampak mcm dah tak ada modal untuk buat blog,mungkin itu yg dirasa..Tapi pengalaman tentang kunci kereta ni memang tak disangka.

Cerita nya mcm ni,aku kebandar,mcm biasa setelah parking kereta,kita akan kunci kereta dgn sebaik2nya,dimasa sekarang tak boleh buat sembarangan tentang harta benda,harta benda mesti dijaga dgn sebaik2nya.
Ni lah tempat cip diletak

Setelah urusan dah selesai aku nak beredar dari tempat tu,aku menuju kekereta dan buka pintu kereta mcm biasa tp tah mcm mana kunci kereta jatuh dan pecah.Aku kutip kunci yg pecah dan aku cantum balik.Bila aku start kereta,kereta tak mau hidup,bukan tak hidup langsung tapi hidup dalam satu atau dua saat,lebih mudah lagi kereta berbunyi erk! erk! gitu,lepas tu mati,begitu lah yg terjadi bila aku start balik beberapa kali lagi..Setelah aku puas start dan tak hidup, aku mula talipon kawan aku dan cerita apa yg terjadi,ada yg cakap dinamo starter rosak,ada yg kata mungkin minyak tak ada dan macam2 lagi..Tapi ada seorang kawan yg cakap cip dalam kunci hilang/jatuh semasa kunci jatuh dan pecah,Kwn aku ckp benda tu kecik sangat,Aku buka balik kunci yg aku cantum tadi dan tercari2 benda yg kawan aku cakap,mmg benda tu tak ada dan aku mula lah mengintai2/tercari2 benda yg kawan aku maksudkan dan terjumpa sbb tempat yg jatuh ialah diatas tar jadi senang nampak..Kalau ditenguk sekali imbas memang terasa benda tu mcm tah hape2,mcm benda yg tak berguna.

Aku ambik benda yg dipanggil cip oleh kawan aku dan aku letak ditempat yg sepatutnya.Aku start je kereta,kereta hidup mcm biasa.Dah jadi pengalaman yg sangat berguna kapada aku,Aku memang tak sangka lansung benda yg kecik mcm tu sangat besar guna nya.Otak aku rasa mcm2 plk,Rasa mcm hebat benda tu,Tiba2 aku nak test keberkesanan cip yg dimaksudkan,Aku buka balik kunci dan dan keluarkan cip tadi dan start balik kereta aku,mmg kereta tak nak hidup,Aku mmg rasa pelik,tp apa yg nak dipelikan,ni kan zaman moden..hu3.Setelah cuba mcm2 cara dan kereta tak nak hidup aku letakan benda tadi kedalam sarang nya dan start..Malas dah nak pikir tentang benda tu,aku balik je..
Kunci yg pecah tadi aku ikat dengan tali rafia kerana tali rafia ada sedikit dlm kereta aku.Balik rumah tentu lah aku gam dgn gam cap gajah..

Catitan; benda yg dipanggil cip tadi aku tak tau lah nama nya yg sebenar,ada yg cakap sensor,ada cakap cip,mana yg betul tak tau plk aku,mungkin kedua2 tu tak betul,malas nak google..
untuk makluman...aku pakai kereta proton saga BLM
Ni lah cip yg dimaksudkan,kecik sangat,dalam 1 sm je